fb fb fb fb fb

Mainz lebur rekod bersih Gladbach

(FOTO REUTERS)

BERLIN, 5 September- Mainz menamatkan rekod tanpa kalah Borussia Moenchengladbach dalam aksi Bundesliga pada Ahad, yang menyaksikan bek kiri Aaron Martin menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua untuk meraih tiga mata penuh menerusi kemenangan 1-0.

Gladbach mungkin menyamai mata dengan Bayern Munich dan Union Berlin di tempat ketiga dengan kemenangan di Borussia Park, tetapi terpaksa menelan pahit layangan kad merah ke atas Ko Itakura pada minit ke-53.

Terdahulu, Hertha Berlin menang buat kali pertama musim ini dengan kejayaan 2-0 di Augsburg menyaksikan Dodi Lukebakio dan Marco Richter mencetak nama selaku penjaring.

Freiburg mendahului carta buat masa ini menerusi perbezaan gol dengan Borussia Dortmund, selepas juara bertahan Bayern sebelum ini terikat 1-1 dengan Union pada Sabtu.-AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu