fb fb fb fb fb

Mahu tebus kecewa di Hanoi, Harith fokus saingan Piala Asia B-23

BUKIT JALIL, 25 Mei - Menjelang saingan Piala Asia Bawah 23 yang akan membuka tirainya pada 1 Jun depan di Uzbekistan.

Pemain skuad negara, Harith Haiqal tekad untuk menebus kekecewaan selepas gagal membawa pulang sebarang pingat di Sukan SEA Hanoi 2021 baru-baru ini.

"Dalam seminggu lebih ini, kita perlu perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada sebab di Piala Asia nanti pertandingan di Sea Game melibatkan tiga pemain kategori umur yang berbeza," katanya.

Pemain muda Selangor FC berusia 19 tahun itu, tidak mahu memikirkan lagi kekalahan yang diharungi di Hanoi, Vietnam dan ingin mengalihkan fokusnya terhadap kejohanan di Uzbekistan.

Harith turut yakin dia dan rakan sepasukan akan bangkit menampilkan aksi yang lebih baik.

Pada kejohanan Piala Asia Bawah 23 Tahun itu nanti, skuad muda kebangsaan telah diundi bersama Thailand, Vietnam dan Korea Selatan dalam kumpulan C.

Media Baharu