fb fb fb fb fb

Lukas Maertens pecah rekod dunia 400m gaya bebas lelaki

Atlet renang Jerman, Lukas Maertens

PARIS, 13 April- Atlet renang sensasi Jerman, Lukas Maertens, melakar sejarah baharu apabila memecahkan rekod dunia acara 400 meter gaya bebas lelaki yang telah bertahan sejak 2009.

Dalam aksi di Terbuka Stockholm pada Sabtu, juara Olimpik berusia 23 tahun itu mencatat masa 3 minit 39.96 saat mengatasi rekod lama 3:40.07 saat milik rakan senegara, Paul Biedermann, yang dilakukan di Kejohanan Dunia Rome 2009.

Rekod Biedermann sebelum ini dicatat ketika era penggunaan sut renang poliuretana yang kini telah diharamkan penggunaannya dalam pertandingan rasmi.

Untuk rekod, Maertens meraih pingat emas Olimpik di Paris tahun lalu dengan masa 3:41.78 dan sebelum ini memiliki catatan terbaik peribadi 3:40.33 yang dilakar ketika Kejohanan Renang Jerman 2024.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE