GENTING HIGHLANDS, 13 Oktober- Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff mengekalkan gelaran sebagai Raja Bukit (Jersi Merah) dalam perlumbaan peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 dari Putrajaya ke Genting Highlands.
Pelumba berusia 25 tahun tahun itu menguasai dua zon pendakian iaitu Tekali dan Look Out Point Ampang.
Aiman kini mengumpul 29 mata, diekori rapat pemenang peringkat ketiga dari pasukan Movistar, Ivan Ramiro Sosa Cuervo yang mengutip 25 mata.
(Pelumba TSG, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff yang berjersi merah
bergambar selepas menamatkan perlumbaan / Foto TSG)
Pelumba kelahiran Terengganu itu turut menguasai kedua-dua zon pendakian pada perlumbaan peringkat kedua dari Kuala Klawang ke Raub, semalam.