LONDON, 1 Januari- Penjaga gol Perancis, Hugo Lloris telah menyertai kelab Major League Soccer (MLS), Los Angeles dari Tottenham Hotspur,menurut kenyataan daripada kedua-dua kelab.
Bekas ketua pasukan Perancis yang berjaya memenangi Piala Dunia pada 2018 itu kehilangan posisinya selaku penjaga gol utama Spurs musim ini.
Lloris yang membuat 447 penampilan bersama kelab berkenaan diraikan dengan sebuah trofi oleh bekas pemain pertahanan Spurs, Ledley King di tepi padang ketika waktu rehat separuh masa pertama pada pertemuan Spurs menentang Bournemouth.
"Ia adalah sebuah perpisahan.Perpisahan daripada seorang pemain dan bukan seorang penyokong. Saya akan sentiasa menjadi penyokong Spurs sepanjang hidup saya", kata Lloris ketika memberikan ucapan di hadapan para penyokong di stadium White Heart Lane.
Spurs pada Sabtu mengesahkan kontrak lloris telah dibatalkan bagi membolehkannya menyertai Los Angeles sebagai pemain berstatus bebas.
Sepanjang karier bersama Spurs, Lloris berjaya membantu kelab utara London itu mara ke perlawanan Liga Juara pada 2019 buat kali pertama, namun gagal memenangi kejuaraan utama ketika di kelab berkenaan.-AFP