LONDON, 13 Julai - Liverpool memutuskan tidak lagi menggunakan nombor 20, yang dipakai oleh Diogo Jota sebelum ini.
Ia bagi menghormati pemain antarabangsa Portugal tersebut selepas beliau maut dalam kemalangan di Sepanyol minggu lalu.
Perkara tersebut diumum juara Liga Perdana Inggeris itu semalam.
Liverpool dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan tersebut diambil selepas pasukan itu mengadakan perbincangan bersama isteri Jota, Rute dan keluarganya.
Pasukan itu turut memutuskan nombor 20 tidak akan digunakan di mana-mana peringkat, termasuk pasukan wanita dan akademi.
Jota, 28 tahun dan abangnya, Ander Silva meninggal dunia dalam nahas melibatkan kereta yang dipandu mereka, di barat laut Sepanyol, 3 Julai lalu.-REUTERS