LONDON, 12 Julai - Pemain kebangsaan Sweden, Anthony Elanga dari Nottingham Forest kini sah milik Newcastle United.
Perkara itu disahkan kedua-dua kelab Liga Perdana tersebut.
Bagaimanapun jumlah bayaran dalam perjanjian pertukaran tersebut tidak didedahkan, namun media tempatan melaporkan Newcastle telah membayar yuran permulaan sebanyak $70.21 juta untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun tersebut.
Elanga berpindah ke Newcastle selepas membantu Forest layak ke liga Eropah.
Beliau telah menjaringkan 6 gol dan 11 bantuan sepanjang 38 penampilan di Liga Perdana
Elanga juga telah menjaringkan empat gol dalam 22 penampilan untuk Sweden dan akan bersatu semula dengan rakan senegara, Alexander Isak di St. James' Park.-REUTERS