LIVERPOOL, 17 Oktober- Liverpool bakal turun tanpa penjaga gol utama, Alisson Becker, bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL)menentang Manchester United di Anfield, Ahad ini.
Khabar itu diumumkan pengendali The Reds, Arne Slot dalam satu sidang media pada Jumaat.
“Dia tidak akan bermain minggu ini dan minggu depan. Alisson masih belum berlatih,” kata Slot.
Giorgi Mamardashvili dijangka mengisi posisi penjaga gol selepas tampil dalam kekalahan 1-2 kepada Chelsea sebelum rehat antarabangsa.
Alisson mengalami kecederaan otot paha ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Galatasaray bulan lalu.
Khidmatnya ditagih ketika Liverpool berdepan tekanan selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut.
Slot turut memaklumkan pemain tengah, Ryan Gravenberch kini cergas sepenuhnya, manakala pertahanan Ibrahima Konaté kembali menjalani latihan.
“Kami tidak boleh bergantung pada margin kecil. Jika kalah tiga kali berturut-turut, maknanya kami perlu buat lebih baik,” katanya.
Liverpool kini di tangga kedua liga, satu mata di belakang Arsenal manakala United di tangga ke-10.
Slot menyifatkan pertemuan tersebbut sebagai “perlawanan istimewa” dan menegaskan skuadnya perlu berada pada tahap terbaik.
Beliau turut mengulas mengenai penyerang Alexander Isak yang kini mencapai tahap kecergasan optimum dan bakal menjadi antara sandaran utama pasukan. -REUTERS
