PETALING JAYA, 17 Oktober - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu dokumentasi melibatkan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.
Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundram berkata langkah itu bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus tanpa sebarang campur tangan.
"Bagi mengelakkan isu sama berulang pada masa akan datang dan selari dengan piawaian tertinggi bola sepak antarabangsa, Setiausaha Agung FAM akan digantung daripada tugas buat sementara waktu bermula hari ini," katanya
Difahamkan, tindakan tegas berkenaan diambil selepas FAM menerima maklumat rasmi daripada FIFA berhubung kemungkinan berlaku pelanggaran peraturan dokumentasi pemain.
Beliau berkata sedemkian dalam satu Sidang Media Khas di Wisma FAM.###