KULAI, 17 Oktober – SMK Taman Desa Skudai dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bakal berentap di final Piala Liga Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir.
SMK Taman Desa menewaskan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman 3-2 dalam aksi di Stadium Mini Kulai selepas terikat 2-2 pada masa sebenar.
Gol kemenangan disumbangkan Afief Syamiel Aidilazhar pada masa tambahan.
Sementara itu, AMD Bawah 14 menempah slot ke final selepas menundukkan SMK Seksyen 11 dengan keputusan 3-1 hasil jaringan Ahmad Muzakif Fitri, Muhd Ima Luthfi dan Muhd Afiq Akram.
Aksi final dijangka sengit dengan kedua-dua pasukan mempamerkan keyakinan dan kualiti tinggi sepanjang musim ini.