KUALA LUMPUR, 2 Julai - E-sukan buat pertama kalinya bakal diperkenalkan pada Sukan Komenwel 2022 di Birmingham sebagai sukan pertunjukan di bawah kelolaan Persekutuan E-Sukan Global.
Ia sekali gus membuka peluang buat pasukan Dota 2 wanita negara beraksi pada temasya tersebut setelah meraih salah satu slot menerusi kelayakan Asia Selatan dan Asia Tenggara sebelum ini.
Peluang mewakili negara pada temasya sukan kedua terbesar dunia itu pastinya menjadi impian buat lima pemain wanita negara yang memiliki pengalaman sebagai atlet e-sukan profesional.
"Secara peribadi saya sentiasa mahu mewakili negara di kejohanan ini, ia memberi peluang kepada saya untuk merealisasikan impian itu," kata Atlet Dota 2, Stephanie Lim Yuen Lii.
Atlet E-Sukan DOTA 2 wanita negara, Nadrah Saufi pula aku menghadapi masalah yang sama seperti pasukan lain mengenai format permainan yang akan diperkenalkan nanti.
Selain Dota 2, permainan e-Football Siri dan Rocket League antara dua lagi saingan yang akan dipertandingkan di Birmingham nanti.
Acara E-sukan di Sukan Komanwel 2022 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa, ICC pada 6 dan 7 Ogos ini.