fb fb fb fb fb

Ligue 1 : Perlawanan menentang Clermont, aksi terakhir Messi

(FOTO AFP)

PARIS, 2 Jun-Lionel Messi akan bermain buat kali terakhir buat kelabnya, Paris Saint Germain menentang Clermont pada Sabtu, kata pengurus pasukan Christophe Galtier.

Menurut BBC Spot, penyerang berusia 35 tahun itu bakal meninggalkan Paris Saint Germain setelah kontraknya tamat pada musim panas.

Messi yang menyertai PSG secara perpindahan percuma dari Barcelona pada Julai 2022 lalu membantu kelab gergasi Perancis itu menjuarai liga Perancis sebanyak dua kali.

" Saya berbesar hati dapat melatih pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

"Perlawanan menentang Clermont bakal menjadi penampilan terahirnya di halaman sendiri (Parc des Princes). Saya mengharapkan sambutan hangat daripada para penyokong setia kelab", kata Galtier.

PSG mempertingkatkan keselamatan di beberapa pemain kediaman pemain utama kelab tersebut susulan protes yang diadakan para penyokong bulan lalu.

Antara yang menjadi sasaran kemarahan penyokong termasuk Messi, Neymar, Verratti dan pengurus pasukan itu sendiri, Christophe Galtier.

Protes tersebut berpunca daripada kekecewaan penyokong terhadap kekalahan demi kekalahan yang dialami pasukan itu sebelum ini.

Para penyokong seterusnya bertindak berkumpul di luar kediaman Neymar sambil meminta agar penyerang Brazil itu termasuk Messi agar meninggalkan kelab berkenaan.

Messi yang terbang ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab digantung selama dua minggu sebelum membuat permohonan maaf kepada rakan sepasukan atas tindakannya itu.

Sebelum ini, Messi menyatakan akan terus kekal di PSG dan secara prinsipnya telah mencapai persetujuan kontrak kedua-dua belah pihak sebelum Messi mengubah fikiran secara tiba-tiba.

Sepanjang dua musim di PSG, Messi berjaya menjaringkan 21 gol buat pasukan itu.

Sementara itu, salah seorang penulis sukan Sepanyol, Guillem Balague dilaporkan berkata, Messi belum membuat sabarang keputusan tentang masa depannya, namun, apa yang pasti dia tidak akan kembali menyarung jersi Barcelona musim depan.-BBC.com


(Pemain PSG, Lionel Messi/FOTO AFP)

 

Media Baharu