fb fb fb fb fb

Liga Super: Milunovic sandaran import terbaharu Perak FC

(FOTO FB PERAK FC)

IPOH, 11 Julai - Perak FC mengikat penyerang import baharu, Luka Milunovic bagi memperkuat cabaran pasukan itu dalam saingan Liga Super musim ini.

Pemain berusia 30 tahun yang berasal dari Serbia itu sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan Melaka United dan Sabah FC pada saingan 2019.

(FOTO FB PERAK FC)

Perak FC dalam kenyataannya di media sosial memaklumkan penyerang tersebut sebelum ini telah menjaringkan 10 gol dalam 21 penampilan bersama kedua-dua kelab berkenaan.

Pemain itu berkata, peluang mewakili Perak FC merupakan kesempatan terbaik bagi membuktikan kredibilitinya selaku penyerang berbisa Liga Super musim ini.

Skuad The Bos Gaurus sebelum ini telah menandatangani pemain kacukan Sweden-Filipina, Jesper Nyholm dan pemain Korea Selatan,
Kim Youndo pada jendela perpindahan kedua.

Media Baharu