fb fb fb fb fb

Liga Super: KL City dan Kelantan United kecundang

(FOTO FB Ligasupermalaysian)

PETALING JAYA, 9 Ogos -Kuala Lumpur City FC, gagal membalas dendam kekalahan kepada jiran mereka, Selangor FC apabila sekali lagi tewas 0-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Dalam perlawanan tersebut Skuad Gergasi Merah mendominasi babak pertama dengan jaringan Harith Haiqal pada minit ke-32.

Bersambung babak kedua, Selangor terus menambah duka buat KL City apabila Matko Zirdum menjaringkan gol kedua tuan rumah pada minit ke-76.

Keputusan kekal 2-0 hingga tamat permainan.

Keputusan itu menyaksikan Selangor kekal menghuni tangga kedua dengan mengumpul 43 mata manakala KL City di tangga ketujuh dengan 28 mata.

Sementara itu, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu menyaksikan Kelantan United gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas kepada Terengganu FC, 4-1.

Pada perlawanan itu, Skuad Penyu mendominasi dengan baik permainan dengan empat gol diraih menerusi Ivan Mamut, Sony Norde, Nik Sharif Haseefy dan Hakimi Abdullah.

Sementara gol tunggal Kelantan United dijaringkan oleh Ismahil Akinade pada minit ke-86.


(Penyerang import Terengganu FC, Ivan Mamut menjaringkan gol pertama/FOTO FB
Ligasupermalaysian) 

Media Baharu