fb fb fb fb fb

Liga Super 2022: Disiplin tinggi bantu Tok Gajah 'lanyak' Red Giants 2-0

(Sri Pahang FC menentang Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi/FOTO FB Sri Pahang FC)

KUANTAN, 28 Julai - Disiplin tinggi dan aksi bertahan dengan baik, menjadi kunci kejayaan Sri Pahang FC membenam Selangor FC 2-0 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus mengakhiri kemarau kemenangan skuad Tok Gajah selepas lima perlawanan terakhir.

Pada perlawanan itu, dua gol Tok Gajah dijaringkan pada separuh masa pertama menerusi pemain import Steven Rodriguez pada minit ke-34 dan Abdul Malik Mat Ariff selang lima minit kemudian. 

Ketua Jurulatih sementara, Dollah Salleh berkata, kemenangan itu bukan sahaja memberi kelegaan kepada dirinya, malah paling utama, ia diharap mampu menyuntik semangat baharu anak buahnya bagi menghadapi baki saingan.

(Sri Pahang FC menentang Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi/FOTO FB Sri Pahang FC)

Sementara itu, pengendali Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menjelaskan keputusan perlawanan mungkin berbeza jika anak buahnya mampu menterjemahkan semua peluang yang diperoleh kepada jaringan gol.

Kekalahan itu menyebabkan The Red Giants kekal di tangga keenam dengan 16 mata manakala Pahang naik ke tangga ke-9 dengan 11 mata.

Media Baharu