fb fb fb fb fb

Alisson dan Jota terlepas aksi bertemu Manchester City

LONDON, 29 Julai- Penjaga gawang Liverpool, Alisson Becker dan penyerangnya, Diogo Jota dilaporkan tidak turun beraksi dalam perlawanan Perisai Komuniti menentang Manchester City, esok.

Alisson mengalami masalah di bahagian abdomen sepanjang latihan pra-musim, manakala penyerang Portugal, Jota bergelut dengan kecederaan paha.

Pengendali skuad The Reds, Jurgen Klopp mengesahkan kedua-dua pemain itu tidak akan beraksi untuk perlawanan pembuka tirai liga tertinggi Inggeris itu di Stadium King Power.

Alisson sudah mula menjalani latihan, tetapi pemain Brazil itu mensasarkan untuk beraksi pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Fulham pada 6 Ogos.

Jota terpaksa berehat lebih lama dan tidak bersama skuad di kem latihan di Austria minggu ini.

"Ali berlatih hari ini, jadi dia akan sedia diturunkan untuk bertemu Fulham, bukan untuk hujung minggu ini.

"Diogo tidak bersama kami sekarang jadi bagaimana dia mahu bermain? Malangnya ia akan mengambil sedikit masa," kata Klopp.

Susulan kempen bermula awal pada tahun ini, Klopp mengakui tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan persiapan sepenuhnya.

Tambahnya, Liverpool akan bermain satu lagi perlawanan persahabatan menentang Strasbourg selepas perlawanan Perisai Komuniti bagi membantu meningkatkan persediaan pasukan.

Juara bertahan Piala FA dan Piala Liga itu juga akan mengadakan satu lagi aksi pemanas badan selepas kempen Liga Perdana Inggeris bermula di Fulham. - AFP


(Piala Perisai Komuniti/REUTERS)

Media Baharu