fb fb fb fb fb

Liga Perancis : Mbappe, Hernandez bantu PSG kekal di persada

Foto Reuters

NANTES, 18 Februari - Dua jaringan masing-masing oleh Kylian Mbappe dan Lucas Hernandez pada separuh masa kedua berjaya membantu Paris Saint Germain (PSG) menewaskan Nantes 2-0.

Kemenangan itu menyaksikan PSG melebarkan rekod kemenangan kepada 17 perlawanan musim ini.

Skuad bimbingan Luis Enrique itu kini mengutip 53 mata, 14 mata di hadapan pesaing di tangga kedua, Nice yang tewas mengejut kepada Olympique Lyonnais 1-0 pada Jumaat.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di gelanggang lawan itu, PSG membuka jaringan menerusi rembatan jarak jauh oleh Lucas Hernandez pada minit ke-60.

Kaylian Mbappe yang masuk sebagai pemain gantian berjaya menambah gol kedua buat PSG pada minit ke-78 yang juga merupakan gol ke-21 buat bintang Perancis itu, sekali gus menjadikannya sebagai penjaring terbanyak Liga Perancis setakat ini.

Sementara itu, pengendali PSG, Luis Enrique menyifatkan kejuaraan liga masih lagi jauh dan menggesa para pemainnya agar fokus sehingga akhir musim.

"Secara kiraan matematiknya, kami masih belum boleh mendabik dada.

"Ia adalah penting bagi pasukan untuk terus utuh di dalam liga bagi memenangi lebih banyak kejuaraan", kata Enrique.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD