fb fb fb fb fb

Bundesliga : Leverkusen kekal rekod tanpa kalah

Foto Reuters

HEIDENHEIM, 18 Februari- Pendahulu Bundesliga, Bayer Leverkusen mengekalkan rekod tanpa kalah 32 perlawanan apabila menewaskan Heidenheim 2-1 pada Sabtu untuk terus berada di takhta liga.

Kemenangan berkenaan sekali gus berjaya melebarkan jurang sebanyak lapan mata mengatasi Bayern Munich di tempat kedua.

Leverkusen yang bertandang ke Heidenhem membuka tirai jaringan pada separuh masa pertama menerusi rembatan Jeremie Frimpong.

Leverkusen yang kali terakhir memenangi Piala Jerman pada 1993 berpeluang menambah jaringan namun, sepakan Florian Wirtz menggegarkan palang pada minit ke-77.

Namun, selang tiga minit kemudian Wirtz menebus kehampaannya apabila mengumpan hantaran menarik buat Amine Adli bagi menyempurnakan gol kedua Leverkusen pada minit ke-81.

Sementara itu, Heidenhem berjaya merapatkan jurang menerusi Tim Kleindienst pada minit ke-87.

Kemenangan tersebut bermakna skuad bimbingan Xabi Alonso itu tidak pernah tewas dalam pertandingan domestik dan Eropah menyamai rekod yang dicatatkan Bayern Munich pada musim 2020 sebelum ini.

Leverkusen telah memenangi 28 perlawanan dan empat kali seri mengatasi saingannya, Bayern Munich dengan 58 mata.- REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD