fb fb fb fb fb

BATC 2024: Skuad lelaki negara mara ke final

Foto FB BA Malaysia

SHAH ALAM, 18 Februari - Pasukan lelaki negara mara ke pusingan akhir selepas menewaskan Jepun 3-1 dalam perlawanan separuh akhir pada Sabtu.

Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia memulakan kempen negara dengan baik apabila menyumbang mata pertama, mudah menewaskan Kenta Nishimoto, 21-18,21-15.

Momentum kejayaan itu diteruskan pasangan pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang bangkit menewaskan Akira Koga-Taichi Saito 15-21, 21-17, 21-10.

Bagaimanapun, pemain perseorangan Leong Jun Hao yang dilihat bersemangat tidak melepasi halangan Koki Watanabe apabila tewas 21-19, 12-21, 19-21.

Kehadiran Goh Sze Fei-Nur Izzudin Nur Rumsani kembali menceriakan kem negara apabila menyumbang mata kemenangan dalam masa 54 minit ke atas Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-15, 21-19.

Malaysia akan berhadapan perlawanan getir bertemu China pada petang ini selepas negara tembok besar itu mengalahkan Korea Selatan 3-2 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD