fb fb fb fb fb

Liga Perancis: Le Havre tangguh pesta PSG

Goncalo Ramos menjadi penyelamat PSG apabila menyamakan kedudukan pada masa tambahan permainan /Foto Reuters

PARIS, 28 April - Hasrat Paris Saint Germain (PSG) untuk dinobatkan selaku juara liga Perancis lebih awal tertangguh setelah pasukan itu hanya mampu seri 3-3 ketika menentang pasukan bergelut dalam zon penyingkiran, Le Havre.

Keputusan seri itu sekali gus menyebabkan PSG terpaksa menunggu sebelum disahkan sebagai juara Liga Perancis buat kali ke-12.

PSG bakal dinobatkan sebagai juara memandang pasukan berkenaan masih mempunyai baki tiga perlawanan dan berkelebihan 12 mata berbanding pencabar terdekat AS Monaco.

"Kami semakin menghampiri kejuaraan. Secara matematiknya tidak.Kita boleh katakan begitu", kata pengurus PSG, Luis Enrique kepada Canal+.

Pada perlawanan berkenaan, pasukan tuan rumah PSG ketinggalan pada minit ke-19 setelah pasukan pelawat Le Havre membuka jaringan pertama menerusi Christopher Operi.

PSG kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi Bradley Barcola pada minit ke-29.

Keadaan itu tidak kekal lama apabila Le Havre menjaringkan gol kedua pada minit ke -36 menerusi penyerang veteran Ghana, Andre Ayew bagi menjadikan kedudukan 2-1 sehingga tamat permainan separuh masa pertama.

Bersambung selepas rehat, Le Havre menjarakkan kedudukan 3-1 pada minit ke-61 menerusi jaringan Abdoulaye Toure yang menyempurnakan sepakan penalti.

Tersentak daripada ketinggalan, PSG mula memperkemaskan permainan dan serangan terhadap kubu pertahanan Le Havre.

Hasilnya, pada minit ke-73, Achrif Hakimi menjaringkan gol buat PSG bagi merapatkan kedudukan 3-2.

Goncalo Ramos menjadi penyelamat PSG apabila menyamakan kedudukan pada masa tambahan permainan bagi menjadikan kedudukan 3-3 sehingga tamat permainan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD