fb fb fb fb fb

Liga Juara-Juara Eropah, Barcelona hampir tewas kepada Dortmund

Foto Reuters

BARCELONA, 12 Disember- Juara lima kali Liga Juara-Juara Eropah, Barcelona nyaris terlepas tiga mata menentang Borussia Dortmund, sebelum bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-2, awal pagi tadi.

Dalam saingan yang berlangsung di Signal Iduna Park, Jerman menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang pada awal permainan.

Tiada gol terhasil pada babak pertama namun penguasaan bola dinominasi oleh pasukan pelawat, Barcelona.

Babak kedua berlangsung lebih sengit dengan gol pertama berjaya diraih Barcelona menerusi penyerangnya, Raphinha pada minit ke-52 sebelum Dortmund meledak dua gol menerusi Serhou Guirassy pada minit ke-60 dan 78.

Penyerang Sepanyol, Ferran Torres muncul wira Barcelona apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-75 dan 85 untuk membantu pasukannya mengesahkan kemenangan.

Keputusan tersebut membolehkan Barcelona berada di kedudukan kedua liga dengan 15 mata selepas enam permainan berlangsung sementara Dortmund di kedudukan kesembilan dengan 12 mata.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM