fb fb fb fb fb

Liga Juara Eropah: Aston Villa ulangi kejutan perlawanan akhir 1982 kalahkan Bayern

Jhon Duran, lebur rekod tanpa kalah Bayern Munich/foto AFP

BIRMINGHAM, 3 Oktober - Aston Villa mengulangi kemenangan pada perlawanan akhir Piala Eropah 1982 ke atas Bayern Munich apabila gol tunggal Jhon Duran menyaksikan kelab England itu menewaskan kelab gergasi Jerman itu, 1-0, awal pagi tadi.

Penyerang Colombia itu memerangkap penjaga gol Bayern, Manuel Neuer yang keluar dari kawasannya, 11 minit sebelum tamat masa perlawanan.

Sekali gus, melakar kemenangan kedua berturut-turut Villa yang kembali ke kancah Liga Juara Eropah dalam tempoh 41 tahun.

Bayern tiba di Villa Park dengan rekod tanpa kalah dan berpesta gol sejak Vincent Kompany mengambil alih sebagai pengurus.

Namun pasukan pelawat terkedu dengan perancangan Unai Emery dan terperangkap apabila Duran menyambar hantaran jauh Pau Torres sebelum melambungkan bola melepasi jangkauan Neuer dari jarak jauh.

Putera William antara kalangan 40,000 penyokong Villa yang memberi sorakan terhadap anak buah Emery.

Bakal raja Britain itu turut mengucapkan tahniah kepada Emery dalam satu pertemuan selepas perlawanan. -AFP-

Trainee