fb fb fb fb fb

FAM terus jejaki pemain warisan berkualiti demi perkukuh skuad kebangsaan

Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata usaha pencarian pemain warisan akan diteruskan FAM dalam usaha kukuhkan Skuad Harimau Malaya/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Oktober-Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan terus berusaha mencari pemain warisan bagi memperkuat skuad Harimau Malaya.

Jelas Timbalan Presidennya, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, walaupun hasrat untuk dapatkan khidmat kapten kelab Belanda, Mats Deijl gagal., namun ia tidak mematahkan semangat FAM.

Badan induk itu sentiasa terbuka kepada mana-mana pemain yang bersedia bersama skuad kebangsaan namun aspek kualiti tetap jadi keutamaan.

"Kita terbuka sebenarnya yang penting pada kita adalah pemain-pemain ini cukup kualiti untuk mewakili negara ataupun mesti lebih baik daripada pemain yang kita ada",katanya yang ditemui media selepas Majlis Kerjasama antara FAM dan Warner Music Malaysia di Ibu negara.

Terdahulu pada Selasa, FAM menerusi satu kenyataan menjelaskan hasrat skuad kebangsaan untuk menggunakan khidmat Deijl tidak kesampaian kerana tidak melepasi syarat kelayakan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD