LEVERKUSEN, 10 Mei - Bayer Leverkusen bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat AS Roma 2-2, sekali gus mara ke final Liga Europa dengan agregat 4-2.
Lebih manis, kemenangan melebarkan rekod tanpa kalah skuad kendalian Xabi Alonso kepada 49 perlawanan.
Leverkusan yang membawa bekalan dua gol hasil kemenangan di gelanggang lawan minggu lalu bagaimanapun bermula longlai.
Skuad itu dikejutkan dengan dua gol Roma yang dihasilkan menerusi sepakan penalti Leandro Paredes pada minit ke-43 dan 66.
Tuan rumah yang meningkatkan tempo permainan akhirnya berhasil merapatkan kedudukan menerusi jaringan sendiri pertahanan Roma, Jianluca Mancini.
Stadium BayArena terus gamat selepas pemain gantian, Josip Stanisic muncul wira menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir masa tambahan.
Kemenangan membolehkan Leverkusen bertemu Atalanta di final.