fb fb fb fb fb

Liew Daren tinggalkan Lee Zii Jia

FOTO Instagram Darenliew

KUALA LUMPUR, 30 Disember- Bekas pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren berpisah dengan Lee Zii Jia, selepas hampir dua tahun berkhidmat sebagai penolong jurulatih pemain nombor 11 dunia itu.

Perkara itu disahkan pihak pengurusan Zii Jia, Team LZJ.

Kenyataan sama menyebut, Daren mengambil keputusan itu atas alasan peribadi.

Team LZJ bersetuju menerima peletakan jawatan itu dan menghormati keputusan diambil.

Daren merupakan komponen penting pasukan sejak hari pertama dan telah memainkan peranan utama dalam pembangunan pasukan.

Team LZJ juga sentiasa terbuka untuk menerima Daren kembali.

Daren berkhidmat sebagai pembantu jurulatih Zii Jia sejak Mac 2022 dan bersara sebagai perseorangan lelaki profesional negara April lalu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD