fb fb fb fb fb

Liek Hou harap kontrak Nova disambung

Liek Hou rangkul pingat emas acara SU5 di Paralimpik Paris/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou berharap Majlis Sukan Negara (MSN) akan melanjutkan kontrak jurulatihnya, Nova Armada.

Menurut Liek Hou, jurulatih kelahiran Indonesia itu banyak membantunya kekal pada prestasi terbaik termasuk mencipta kejayaan cemerlang mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki SU5 di pentas Paralimpik Paris 2024.

Bagaimanapun juara dunia 14 kali itu menyerahkan kepada MSN berhubung perlanjutan kontrak berkenaan.

"Keputusan bergantung dengan MSN dalam perbincangan yang mungkin diadakan minggu depan"

"Saya berharap kontrak Nova akan disambung dan seterusnya memberi tumpuan kepada kejohanan penting tahun depan terutama Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun," katanya selepas majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) di Ibu negara.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu menerima ganjaran RM1 juta susulan pencapaian mengatasi musuh ketat dari Indonesia, Suryo Negroho dalam aksi penentuan pingat emas saingan SU5 di Paris pada September lepas.

Trainee