KUALA LUMPUR 17 Februari- Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraih tiga mata berharga dengan membenam Nurinsafi Sporting 5-1 pada perlawanan keenam Liga Hoki Malaysia 2024.
Kemenangan menyaksikan TNB kini mengumpul 14 mata, berkongsi mata dengan Maybank, namun kelebihan jaringan meletakkan TNB selaku peneraju liga.
TNB pada pertemuan dengan Nurinsafi Sporting telah menjaringkan dua gol padang menerusi Norsyafiq Sumantri pada minit ke-11 dan Muhammad Danish Aiman Khairul Anuar pada minit ke-12
Selain tiga gol pukulan sudut penalti di mana dua daripadanya dijaringkan oleh pemain import Korea, Jang Jong Hyun serta Muhammad Amirul Hamizan Azahar
Bagi pengendali TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, beliau berpuas hati dengan pemain-pemainnya atas kejayaan menepati sasaran yang diletakkan untuk perlawanan hari ini iaitu membawa pulang tiga mata.