fb fb fb fb fb

MHC mohon dana dari kerajaan negeri bagi pembangunan sukan hoki

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal

AYER KEROH, 17 Februari- Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mohon kerajaan negeri memperuntukkan dana bagi pembangunan sukan hoki di peringkat negeri.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, ia penting bagi menjalankan aktiviti khususnya di peringkat akar umbi.

"Tapi di peringkat negeri, setakat boleh bantu kita bantu juga dengan beri dana apabila peringkat negeri menganjurkan liga. Tapi negeri perlu menjalankan banyak aktiviti-aktiviti di peringkat akar umbi khususnya kepada umur kategori, maksudnya pelajar sekolah kerjasama dengan kementerian Pendidikan dan sebagainya, mesti ada aktiviti kejohanan dan sebagainya, kerana daripada situ kita dapat mencungkil bakat yang dapat diketengahkan kepada pasukan kebangsaan peringkat akar umbi", katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Hoki Melaka kali ke-24 di Ayer Keroh.

ROSLINA BINTI DIN