fb fb fb fb fb

BATC 2024 : Skuad wanita gagal ke separuh akhir

Foto FB searising

SHAH ALAM, 17 Februari - Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky kecewa apabila skuad wanita negara gagal memanfaatkan peluang terbaik untuk melangkah ke separuh akhir.

Pada perlawanan suku akhir di Pusat Konvensyen Setia City, skuad negara tewas 0-3 di tangan pemain pelapis Indonesia.

Terdahulu, K. Letshanaa yang turun selaku perseorangan pertama terpaksa akur terlepas mata pertama negara apabila tunduk kepada Putri Kusuma Wardani.

Nasib yang sama dihadapi Wong Ling Ching tunduk kepada Ester Nurumi Tri Wardoyo.

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah juga tumpas kepada gandingan ke-30 dunia, Lanny Trai Mayasari-Ribka Sugiarto.

Rexy berkata skuad negara gagal mengambil peluang susulan Indonesia tidak menurunkan perseorangan utama Gregoria Mariska Tunjung dan beregu pingat perak Kejohanan Dunia 2023, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Ramadhanti. 

Susulan kekalahan itu, skuad wanita negara terlepas slot automatik ke Piala Uber di Chengdu, China, April ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD