fb fb fb fb fb

LHM 2024 : TNB cerahkan peluang juarai liga

Foto FB MalaysianHockeyConfederation

KUALA LUMPUR, 26 Februari -Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selangkah meraih gelaran juara liga selepas membelasah pasukan Universiti Teknologi Malaysia(UITM) 5-0.

Pemain import TNB, Jang Jong Hyun menjadi penyumbang utama kemenangan selepas berjaya meledakan dua gol pada minit ke-38 dan 41.

Manakala tiga jaringan lagi disumbangkan oleh Muhammad Amirul Hamizan Azahar, Faiz Helmi Jali dan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan.

Di atas kertas, kelebihan kini berpihak buat TNB untuk merangkul gelaran juara liga musim 2024 walaupun berkongsi 23 mata bersama Maybank dan Terengganu Hockey Team (THT),

Namun perbezaan jaringan yang hampir pasti mustahil untuk dikejar meletakkan TNB dikedudukan teratas dan Maybank dikedudukan kedua sementara THT dikedudukan ketiga.

Dalam satu lagi aksi menyaksikan pasukan hoki Kuala Lumpur City meraih kemenangan kedua liga dengan menumpaskan pasukan Liaoning Men HT.

Kedua pasukan itu dilihat sering memberikan saingan hebat namun kemenangan berpihak kepada pasukan KL City dengan 3-2.

KL City kini meraih 7 mata berpeluang menambah tiga lagi mata apabila dijadual bertemu Young Elephants-Pahang pada aksi terakhir kumpulan

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD