fb fb fb fb fb

Legenda bola sepak England, Man United Bobby Charlton meninggal dunia

(FOTO AFP)

LONDON, 22 Oktober- Pemenang Piala Dunia England dan legenda Manchester United, Bobby Charlton meninggal dunia pada usia 86 tahun pada Sabtu.

Perkhabaran itu diumum keluarganya dalam satu kenyataan.

"Ia berita yang menyedihkan untuk kami kongsikan bahawa Sir Bobby meninggal dunia dengan tenang pada awal pagi Sabtu. Dia dikelilingi keluarganya," kata kenyataan yang mewakili keluarga Charlton.

Charlton merupakan anggota skuad England yang memenangi Piala Dunia 1966 selain melalui era kehebatan di peringkat kelab bersama United, yang bergelar kelab England pertama menang Piala Eropah pada 1968.

Kejayaan Charlton menjulang Piala Eropah di United hadir 10 tahun selepas nahas udara Munich ketika dia dan pengurus pasukan, Matt Busby terselamat, namun mengorbankan lapan rakan sepasukan Charlton.

"Manchester United berkabung selepas kematian Sir Bobby Charlton, seorang daripada pemain terhebat dan paling disayangi dalam sejarah kelab kami," kata kelab itu dalam satu kenyataan. -AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu