MONZA, 11 September- Pemandu Ferrari, Charles Leclerc akan memulakan perlumbaan Grand Prix Itali malam ini di petak pertama selepas mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan masa.
Ini kali kelapan Leclerc memulakan perlumbaan di petak hadapan pada musim ini.
Kali terakhir Ferrari bermula di barisan hadapan di Litar Monza ialah pada musim 2019.
Pelumba Mercedes, George Russell pula akan bermula di petak kedua.
Seorang lagi pemandu Ferrari, Carlos Sainz pada awalnya memenangi petak ketiga, namun terpaksa diturunkan kedudukan selepas dikenakan penalti.
Turut menerima nasib sama ialah Sergio Perez dari pasukan Red Bull serta juara dunia 7 kali, Lewis Hamilton.
Pemandu McLaren, Lando Norris yang mencatat masa ketujuh terpantas, akan mengisi tempat Sainz di petak ketiga.
Pendahulu kejuaraan dunia, Max Verstappen masih memiliki kelebihan 109 mata ke atas Leclerc dengan baki 7 lagi perlumbaan musim ini.-AFP
(FOTO AFP)