SHAH ALAM, 3 Disember- Lebih 5,000 peserta manfaatkan cuti hujung minggu dengan menyertai larian malam ‘Ice-Watch Colour Up The Night Run 2023' di Shah Alam, Selangor.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata aktiviti seumpama itu perlu dijadikan budaya sihat masyarakat setempat.
Larian penuh warna warni melibatkan dua kategori iaitu 10 kilometer dan 5 kilometer.
Peserta yang hadir bukan sahaja terdiri dari warga tempatan malah luar negara tanpa mengira latar belakang.
Sementara itu, Pengerusi Ice-Watch Malaysia, Datuk Seri Meer Habib berkata selain melestarikan budaya hidup sihat, program seperti ini juga mengeratkan ukhwah kerana dapat bersama keluarga dan rakan pada hujung minggu.
‘Ice-Watch Colour Up The Night Run 2023' merupakan anjuran kali ke-6 tahun ini.