fb fb fb fb fb

Amir Amri Mohamad, Presiden KRM baharu

Amir Amri Mohamad, Presiden KRM baharu

KUALA LUMPUR, 3 Disember- Amir Amri Mohamad dipilih sebagai Presiden baharu Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bagi penggal 2023-2027, bagi menggantikan Datuk Shahrul Zaman Yahya yang tidak mempertahankan jawatannya.

Amir Amri memperoleh 27 undian mengenepikan calon lain iaitu Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique yang meraih 11 undi manakala Abdul Rashid Adlie disahkan menarik diri.

Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden pula disandang Mohd Azmir Zainul Abidin yang menang tanpa bertanding.

Bagi Naib Presiden II, jawatan itu dimenangi Syamsul Erwin Muhamad Lagis dan Abdul Rashid Adlie apabila masing-masing meraih 29 dan 22 undi.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2023 pemilihan Ahli Majlis Kesatuan Ragbi Malaysia bagi penggal 2023-2027.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE