fb fb fb fb fb

Legenda bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer meninggal dunia

Beckenbauer ketika menjulang Piala Dunia untuk pasukan Jerman Barat pada tahun 1974/AFP

BERLIN. 9 Januari- Legenda bola sepak Jerman, Franz Beckenbauer dilapor meninggal dunia pada Ahad lalu.

Berita permegian mendiang disahkan Persatuan Bola Sepak German (DFB), semalam.

Mendiang Beckenbauer meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Punca kematian tidak didedahkan.

Namun bekas kapten pasukan Jerman era 70-an itu dikatakan mengalami masalah kesihatan sejak kebelakangan tahun ini.

Beckenbauer pernah memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih serta mempunyai 103 penampilan untuk Jerman Barat.

Digelar Der Kaiser, sebagai pemain, mendiang juga memenangi Kejohanan Eropah pada 1972 selain Ballon d'Or sebanyak dua kali. -AFP

 0901 BECKENBAUER MATI 2
Beckenbauer pada tahun 2006/AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA