fb fb fb fb fb

Harimau Malaya 'ikat' Syria 2-2

Pemain Harimau Malaya, Romel Morales (kanan) melakukan tandukan ketika berdepan Syria dalam aksi persabahatan awal pagi tadi/FB Football Association of Malaysia

QATAR, 9 Januari- Skuad Harimau Malaya mencatat keputusan seri dua sama dengan Syria pada perlawanan persahabatan, awal pagi tadi.

Perlawanan yang diadakan secara tertutup di Stadium Grand Hamad, Doha, Qatar itu menyaksikan skuad negara bimbingan Kim Pan Gon mendahului menerusi jaringan Arif Aiman pada minit ke-39.

Bersambung babak kedua, Syria melancarkan serangan dan berjaya menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit.

Gol Syria dijaringkan oleh Pablo Sabbag pada minit ke-70 dan Ibrahim Hesar minit ke-74.

Harimau Malaya kemudian berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Paulo Josue pada minit ke-78 untuk mengikat perlawanan.

Keputusan penuh Malaysia 2 dan Syria 2.

Perlawanan menentang Syria itu merupakan satu-satunya aksi pemanas badan skuad negara sebelum bermulanya aksi Piala Asia.

Skuad negara yang berada dalam Kumpulan E akan membuka tirai saingan kejohanan bola sepak terbesar Asia itu menentang Jordan pada 16 Januari depan.

Mereka kemudiannya akan bertemu Bahrain pada 20 Januari sebelum menentang Korea Selatan untuk aksi terakhir kumpulan lima hari kemudian.

SITI AISHAH BINTI MD ISA