fb fb fb fb fb

La Liga: Real Sociedad terus tekan Barcelona dan Real Madrid

MADRID,10 Januari-Pemain veteran dan bintang Sepanyol, David Silva mempamerkan persembahan menakjubkan apabila membantu pasukannya, Real Sociedad membenam Almeria 2-0 pada Ahad.

Keputusan itu membawa Real Sociedad ke tangga ketiga liga sekaligus mengurangkan jurang mata kepada pendahulu, Barcelona dan Real Madrid dengan enam mata.

David Silva, 37, memanfaatkan kesilapan pertahanan Almeria di kotak penalti dengan jaringan pendahuluan pada minit ke-47 separuh masa kedua.

Alexander Sorloth melebarkan kedudukan buat Real Sociedad dengan jaringan kedua pada minit ke-53 perlawanan.

Gol tersebut merupakan gol peribadi keenam pemain itu dalam La Liga.

Real Sociedad yang turun tanpa beberapa tonggak seperti Brais Mendez dilihat tidak mempuntai sebarang masalah bagi menewaskan Almeria.

Kemenangan tersebut memberikan skuad bimbingan Imanol Alguacil tonik tambahan apabila bakal bertemu dengan musuh setempat, Atletico Bilbao hujung minggu ini.

Skuad 'La Real' mengutip 32 mata daripada 16 perlawanan setakat ini, lima mata mengatasi Atletico Madrid di tangga kelima.

Sementara itu, Sevilla berjaya mencatatkan kemenangan pertamanya dalam tujuh perlawanan selepas menundukkan Getafe 2-0.-AFP


(Pemain-pemain Real Sociedad meraikan gol pertama oleh David Silva/FOTO AFP) 

Media Baharu