fb fb fb fb fb

Kontinjen ragbi wanita Labuan sasar pingat emas pada SUKMA

LABUAN, 10 September- Pasukan ragbi wanita kontinjen Wilayah Persekutuan yang diwakili pemain dari Labuan, menyasarkan pingat emas pada Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20.

Sasaran ini dinyatakan Presiden Persatuan Ragbi Labuan, Abdul Rashid Adlie, berdasarkan perkembangan prestasi dan peningkatan pencapaian pemain pasukan.

Menurut beliau, persiapan rapi juga telah dibuat menerusi latihan yang dijalankan selama hampir dua tahun.


(Presiden Persatuan Ragbi Labuan, Abdul Rashid Adlie)

"Kami menetapkan kumpulan ini ke peringkat gold dan insya-Allah jika diberi peluang pada masa-masa akan datang kita akan lebih bekerja keras untuk mencapai sasaran yang kita tetapkan dan point sebenarnya kita telah bersedia kebanyakkan pemain kita adalah lima wakil bawah 20 untuk mewakili Malaysia sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Nama Pemain Dan Penyerahan Jersi Serta Peralatan Sukan Ragbi Wanita SUKMA 2022,di sini.

Seramai 12-pemain terpilih diketuai kapten pasukan, Justina Josepth, dan pasukan ini dibimbing oleh ketua jurulatih, Wan Ibrahim Wan Chik.

Penyerahan jersi dan peralatan sukan disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan.

Datuk Bashir turut mengucapkan tahniah kepada pemain, dan berharap pasukan ini dapat menyumbang pingat kepada kontinjen, dan pada masa sama mahu terus membangunkan bidang sukan di Labuan.

"Mudah-mudahan peningkatan sukan ini akan berlaku pada seluruh kesemua sukan jenis sukan di Wilayah Persekutuan Labuan dan kita akan bergerak ke depan untuk membangunkan sukan yang ada di Labuan ini pada masa-masa akan datang," kata Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias.

Kesemua pemain akan bertolak ke Kuala Lumpur minggu depan untuk beraksi pada kejohanan dwi tahunan itu.

Hadir sama pada majlis ini, Penolong Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Zulhelmi Amran.

Media Baharu