GREENSBORO, 21 Jun- Wakil Brazil, Palmeiras, kembali menjalani latihan di pangkalan pasukan mereka di Greensboro, North Carolina pada Jumaat, selepas mencatat kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas juara Mesir, Al-Ahly dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia Kelab di Stadium MetLife, New Jersey.
Kemenangan itu menyaksikan kelab berpangkalan di São Paulo itu kini menerajui Kumpulan A dengan empat mata, sama seperti Inter Miami yang diketuai bintang Argentina, Lionel Messi, namun Palmeiras memiliki kelebihan perbezaan jaringan.
Palmeiras akan menamatkan aksi peringkat kumpulan dengan menentang Inter Miami di Stadium Hard Rock, Florida.
Keputusan seri dalam perlawanan tersebut memadai untuk kedua-dua pasukan mara ke pusingan seterusnya, dengan Palmeiras kekal sebagai juara kumpulan tanpa mengambil kira keputusan aksi satu lagi antara Porto dan Al-Ahly.
Pertembungan menentang Inter Miami dijangka menarik tumpuan peminat bola sepak dunia, dengan kedua-dua pasukan hanya selangkah lagi daripada mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati.-REUTERS