fb fb fb fb fb

Kemelut sukan Petanque, MSN ambil alih



BUKIT JALIL, 10 Februari- Majlis Sukan Negara (MSN) membuat keputusan mengambil alih sepenuhnya sukan Petanque susulan kemelut yang melanda badan induk sukan berkenaan.

Ini sebahagian usaha untuk memastikan sukan tersebut mampu menuai pingat emas pada penyertaan Sukan SEA di Hanoi, tahun ini.

Bagi jurulatih Petanque Negara, Zanilisa Mohamed, langkah MSN itu dianggap satu keputusan terbaik kerana tidak mahu atlet terkesan dengan konflik melanda sukan berkenaan ketika ini.

"Sukan ini akan diambil alih sepenuhnya oleh MSN dan Persatuan Olimpik (OCM) dengan segala perjalanan bagi pengurusan untuk persediaan Sukan SEA nanti akan diuruskan mereka,

"Manakala, hasil daripada mesyuarat tadi, isu kekurangan atlet dan masalah kewangan juga akan diuruskan oleh MSN, dan saya yakin isu ini tidak akan berbangkit lagi," jelasnya dalam satu sidang media di Bukit Jalil.

Ketika ini sukan petanque masih dibayangi dengan kemelut melibatkan Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) dan Malaysian Boules Sport Federation (MBSF) yang masih belum selesai.

Seramai 10 atlet wanita dan 9 lelaki akan disenaraikan dalam membawa misi emas ke Sukan SEA Hanoi, Mei nanti.

Media Baharu