AYER KEROH, 10 Februari- Akademi Ragbi Melaka (AKRAM) bakal menghasilkan lebih ramai atlet berkualiti sekaligus mampu bersaing ke peringkat lebih tinggi.
Setakat ini seramai 40 pelajar sekolah seluruh Melaka diserap ke dalam akademi tersebut.
Exco Pendidikan dan Teknologi Negeri, Datuk Rais Yasin berkata, akademi yang berpusat di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas itu disertai pelajar tingkatan 1 hingga 5.
Ia ditubuh Jabatan Pendidikan Negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Melaka.
“Akademi ragbi negeri Melaka ini saya harapkan akan jadi satu pemangkin kepada sukan-sukan lain khususnya di negeri ini."
"Insyallah saya yakin dan percaya kesinambungan akan ada apabila wujudnya akademi ini apabila pelajar-pelajar setelah selesai sekolah mengeah mereka akan mungkin diserapkan terus kalau cemerlang ke pasukan senior," kata Rais.
Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian AKRAM di Ayer Keroh.