fb fb fb fb fb

Kelayakan Olimpik 2024: Hendrawan fokus Ng Tze Yong

Pemain Badminton Negara, Ng Tze Yong/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 28 November- Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan komited bekerjasama dengan pemain di ranking ke 14 dunia, Ng Tze Yong bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau yang sudah dua tahun membimbing pemain perseorangan itu turut merasa bertanggunjawab menghadirkan keputusan positif menjelang temasya tersebut.

Kenyataan dibuat jurulatih berusia 51 tahun dari Indonesia itu sekali gus menepis khabar angin beliau akan meninggakan BAM dalam masa terdekat.

Hendrawan yang memainkan peranan penting membantu legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik 2016 - mahu menumpukan kepada tugasan sedia ada.

Ujarnya proses kelayakan yang sedang berlangsung kini amat kompetitif.

Tze Yong meraih pingat perak dan membantu Malaysia meraih pingat emas acara berpasukan di Sukan Komanwel 2022, selain muncul naib juara Terbuka Artik di Vantaa, Finland, bulan lepas.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD