fb fb fb fb fb

EPL: Dua gol Wilian bantu Fulham raih kemenangan pertama

Pemain Fulham, Willian(depan) berebut bola dengan pemain Wolves, Max Kilman(belakang)/FOTO AFP

LONDON, 28 November - Dua jaringan Willian menerusi penalti berjaya membantu Fulham menang ke atas Wolves 3-2 sekali gus memberikan pasukan berkenaan kemenangan pertama sejak Oktober.

Kemenangan itu juga berjaya membantu pasukan berkenaan keluar dari zon penyingkiran.

Skuad bimbingan Marco Silva ketinggalan dua gol di laman sendiri sebelum gol saat-saat akhir William menyelamatkan Fulham.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Craven Cottage itu, Fulham membuka tirai jaringan pada minit ke-7 menerusi Alex Iwobi.

Wolves kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-22 menerusi Matheus Cunha bagi menjadikan 1-1 sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, Fulham meneruskan penguasaan permainan dan berhasil mendahului pada minit ke-59 menerusi penalti oleh Willian selepas Tom Cairney dijatuhkan di kotak penalti.

Wolves berjaya menyamakan kedudukan menerusi Hwang-Hee-Chan menerusi sepakan penalti pada minit ke-75.

Willian sekali lagi tampil buat kali kedua menyempurnakan sepakan penalti pada minit-minit akhir permainan selepas penyerang Fulham, Harry Wilson dikasari dalam kotak penalti bagi memberikan kemenangan berharga buat Fulham.

Kemenangan tersebut meletakkan Fulham ditangga ke-14 dengan 15 mata, manakala, Woves kekal di tangga ke-12 dengan 15 mata.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD