fb fb fb fb fb

Kejuaraan Wanita B-19 ASEAN 2025: Malaysia tekad tampil prestasi terbaik

Ketua jurulatih pasukan bola sepak wanita bawah 19 tahun negara (B-19), Cameron Ng

SEPANG, 7 Jun - Skuad bola sepak wanita bawah 19 tahun (B-19) negara bertekad memberikan aksi terbaik pada Kejuaraan Wanita B-19 ASEAN 2025 yang akan berlangsung bermula 9 hingga 18 Jun akan datang.

Ketua jurulatih pasukan bola sepak wanita bawah 19 tahun negara (B-19), Cameron Ng menjelaskan, gabungan pemain muda daripada pelbagai latar belakang, memberikan satu kelebihan dari segi kepelbagaian taktikal dan semangat berpasukan.

Beliau berkata, walaupun persiapan hanya mampu dibuat dalam jangka masa pendek namun barisan muda negara tetap optimis dan yakin mampu mengatasi pencabar utama dalam kejohanan yang dijadual berlangsung di Ho Chi Minh, Vietnam.

"Dengan menggunakan kelebihan yang ada pada pasukan, kami akan memberikan prestasi terbaik yang boleh membanggakan negara," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Skuad negara berlepas ke Vietnam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE