fb fb fb fb fb

Kejohanan Sukan Tempur Dunia: Cheong Min sambar emas

(FOTO FB wushumas)

RIYADH, 23 Oktober - Ratu wushu negara, Tan Cheong Min sekali lagi membuktikan keunggulannya selepas berjaya menghadiahkan pingat emas untuk Malaysia dalam acara kombinasi Nanquan dan Nandao.

Juara dunia 2019 itu, mengungguli saingan tersebut selepas mengumpul keseluruhan 19.486 mata.

Menerusi satu video yang dikongsi, Cheong Min menyatakan, pertandingan itu merupakan platform dan sebahagian daripada persiapan bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Texas, Amerika Syarikat pada November ini.

Sementara itu, pingat perak diraih atlet Uzbekistan, Darya Latisheva dengan 19.292 mata manakala gangsa menjadi milik wakil Iran, Hanieh Rajabi selepas mengumpul 18.950 mata.

Dalam pada itu, Malaysia turut menuai gangsa dalam acara kombinasi Jianshu dan Qiangshu wanita menerusi Pang Pui Yee yang mengumpul keseluruhan 19.392 mata dalam saingan final.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD