fb fb fb fb fb

Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara 2022: 'Speedy Tiger' tewas pada aksi pembukaan

AFRIKA SELATAN, 29 November-Pasukan hoki negara membuka saingan pada Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara 2022 dengan kekalahan kepada pasukan Korea Selatan dengan jaringan 1-0.

Pada perlawanan berlangsung, di Universiti Nort-West itu, Korea Selatan tampil lebih garang memimpin saingan apabila Jang Jonghyun meletakkan pasukannya di depan menerusi pukulan sudut penalti seawal minit ke-5.

(Aksi skuad negara pada Kejohanan Negara-Negara 2022 di Afrika Selatan)

Ketua Jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj menyifatkan anak-anak buahnya tidak bernasib ketika menentang Korea Selatan.

"Walaupun kami kalah, namun para pemain menunjukkan kesungguhan dan disiplin ketika bermain", katanya kepada media.

Arul berharap agar 'Speedy Tiger' untuk kembali bangkit dalam aksi seterusnya menentang Kanada hari ini.

"Kami perlu amalkan corak menyerang sekiranya inginkan tiga mata ketika menentang Kanada nanti." Jelas Arul lagi.

Malaysia diletakkan dalam kumpulan B pada kejohanan kali ini bersama-sama Korea Selatan, Jepun dan Kanada.

Media Baharu