KUALA LUMPUR, 17 Disember- Dua pemain, Aiden Kei dan Connor Axel Liew terikat di kedudukan teratas hari pertama Kejohanan Amatur Saujana ke-33 hari ini.
Kedua-duanya melakar skor par 72, mendahului senarai 110 pemain dari 17 negara.
Pada aksi yang berlangsung di Palm Course Saujana, Aiden dan Connor masing-masing berjaya mencatatkan tiga birdie lapangan yang sukar dan mencabar.
“Palm sangat beralun, dan mendapatkan posisi stance yang betul untuk setiap pukulan amat penting,” kata Connor yang berusia 16 tahun.
“Green sangat cantik, tapi aksi agak perlahan, mungkin sebab cuaca basah. Saya bermain iron dengan sangat baik hari ini, sebab itu skor saya baik.”
Tiga pemain ketinggalan satu pukulan di belakang pendahulu dengan skor 73: Daichi Hayashi, Luis Castro, dan Ezekiel Riz Hafi Suzeritz. Daichi mencatatkan dua eagle di lubang Par 4 sejauh 433 ela, dan lubang ke-15.
Kejohanan akan bersambung untuk dua hari lagi.