fb fb fb fb fb

Kejohanan Badminton Dunia 2025: Yufei kejutkan Se-young

Pemain perseorangan wanita China, Chen Yufei lakar kejutan tewaskan An Se-young /Foto REUTERS

PARIS, 30 Ogos -Pemain perseorangan wanita China ,Chen Yufei membuat kejutan selepas mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia 2025.

Pemain pilihan keempat itu berjaya mengejutkan pemain utama Korea Selatan, An Se-young dengan kemenangan straight set 21-15, 21-17, sekali gus mengesahkan tempatnya dalam perebutan gelaran pada Ahad.

Pada perlawanan berkenaan, Yufei memanfaatkan permulaan hambar yang ditunjukkan Se-young untuk memenangi set pertama dengan mata 21-15.

Malang menimpa Yufei apabila dilanda kecederaan buku lali pada set kedua.

Namun, berjaya mengatasi kesakitan dan menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-17.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, jaguh Jepun Akane Yamaguchi menumpaskan wakil Indonesia, Putri Kusuma Wardani dalam aksi tiga set, 21-17, 14-21, 21-6.

Kemenangan itu membolehkan Yamaguchi mara ke pentas akhir Kejohanan Dunia buat kali ketiga. - AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD