fb fb fb fb fb

Kejang kaki tidak halang Medvedev mara ke suku akhir Masters Shanghai

Pemain tenus Rusia, Daniil Medvedev / REUTERS

SHANGHAI, 8 Oktober - Daniil Medvedev menunjukkan semangat juang luar biasa apabila tetap meneruskan permainan meski mengalami kekejangan teruk sebelum menewaskan pemain muda Amerika Syarikat, Learner Tien, 7-6(6), 6-7(1), 6-4 pada aksi pusingan ketiga ATP Masters Shanghai, hari ini.

Medvedev, 29 tahun, mula kelihatan bergelut pada penghujung set kedua apabila kakinya kejang hingga terpaksa mendapatkan rawatan di tepi gelanggang.

Walaupun sukar untuk bergerak, pemain Rusia itu menolak untuk menarik diri dan terus beraksi hingga tamat perlawanan yang berlangsung hampir tiga jam.

Lawannya, Tien, 19 tahun, memanfaatkan keadaan itu untuk memenangi set kedua menerusi tie-break 7-1, namun Medvedev berjaya bangkit dalam set penentuan untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan.

“Saya sangat bertuah dapat habiskan perlawanan ini. Ia satu perlawanan yang gila, dan saya terpaksa lawan bukan saja dengan Tien, tapi juga dengan kekejangan di seluruh badan,” katanya selepas perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan, Medvedev mara ke suku akhir dan bakal berdepan pemain Australia, Alex de Minaur.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE