fb fb fb fb fb

Kehadiran pemain Jepun tingkat keupayaan Putrajaya Brother

SERI KEMBANGAN, 25 Jun - Pemain kelahiran Jepun, Toshiyuki Arakawa berharap kehadiran pemain senegaranya bersama pasukan Besbol WP Putrajaya Brother mampu membantu meningkatkan keupayaan pasukan.

Selain Toshiyuki, Putrajaya Brother turut mempunyai dua lagi pemain import Jepun iaitu Kodai Wakabayashi dan Naoyayo Shida.

"Sudah tentu besbol Jepun lebih baik daripada di sini tetapi saya sangat terkejut tentang lelaki Malaysia yang sangat menyukai besbol.

"Ini menunjukkan satu petunjuk yang sangat baik, sebab itu saya mahu meningkat besbol di Malaysia," katanya kepada RTM.

Toshiyuki muncul pemain paling bernilai ketika Putrajaya menewaskan Johor Tigers 27 berbalas 13.

Kemenangan berkenaan melayakkan Putrajaya beraksi dalam saingan super round.

Media Baharu